Home » Citra Yadim » Bicara Integriti :“Integriti Menurut Perspektif Islam”

Bicara Integriti :“Integriti Menurut Perspektif Islam”

DUNGUN – Program Bicara Integriti anjuran YADIM Terengganu bersama Pusat Koreksional Dungun telah diadakan pada 17 Oktober 2022 bertempat di Pintu Utama, Pusat Koreksional Dungun.

Seramai 100 peserta terdiri daripada pegawai serta penghuni Pusat Koreksional Dungun telah hadir ke program ini.

Ia ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan berkaitan sifat amanah iaitu integriti sebagai asas dalam membudayakan dan memupuk nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam.

Program ini juga berhasrat memotivasikan penjawat awam serta membentuk pemikiran positif dalam organisasi bagi meningkatkan prestasi kerja cemerlang.

Kata aluan disampaikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Dungun, Penguasa Kanan Penjara Ahmad Zulkarnain Abdul Khalid sebelum Pengarah YADIM Terengganu,  Ustaz Nasrul Hadi Saiadin memberikan ucapannnya

Turut hadir dalam program ini adalah Penjara Negeri Terengganu, Timbalan Komisoner Penjara Ahmad Sa’idi Hamzah.

Ceramah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Ustaz Abdul Halim Awang.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *