Home » Langit Terbuka » Tiga kementerian bertemu bagi atasi isu kekeluargaan dalam tempoh PKP

Tiga kementerian bertemu bagi atasi isu kekeluargaan dalam tempoh PKP

Mesyuarat tiga kementerian itu bermatlamat untuk menyelaraskan peranan bagi setiap kementerian agar ia dapat mengurangkan pertindihan perkhidmatan dan meluaskan capaian perkhidmatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Kartel Dakwah

SHAH ALAM – Mesyuarat khas tiga kementerian telah diadakan bagi menangani isu kekeluargaan, sosial dan komuniti yang timbul sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mesyuarat khas yang diadakan semalam itu melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.

“Mesyuarat ini juga bermatlamat untuk menyelaraskan peranan bagi setiap kementerian agar ia dapat mengurangkan pertindihan perkhidmatan dan meluaskan capaian perkhidmatan di seluruh Malaysia.

“Ketiga-tiga kementerian ini mempunyai niche area masing-masing dalam bidang kaunseling, bimbingan kerohanian dan nasihat perundangan berkaitan rumahtangga.

“Mesyuarat bersetuju untuk meneliti bidang kerjasama bagi memperkasakan perkhidmatan dalam talian mengikut niche area masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia sepanjang PKP,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, satu pelan strategik yang holistik dan efisien antara kementerian akan dibentuk selepas perbincangan khusus melibatkan ketiga-ketiga kementerian ini termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan yang dijadual diadakan pada 9 April.

“Saya amat berharap tempoh PKP ini menjadi waktu yang amat berharga bagi mereka yang berkeluarga. Rumah adalah syurga dan keluarga adalah segala-galanya,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *