Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, persetujuan tersebut dijangka akan diputuskan pada tahun ini selepas tiga negara tersebut melihat potensi yang ada dalam bidang farmasieutikal, kecantikan serta makanan.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu negara yang telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama itu.

“Kita mahu rangsang pembangunan melibatkan industri halal dengan sasaran 23 peratus daripada eksport negara pada tahun 2020.

“Kalau kita lihat di negara ini, apabila sebut halal hanya makanan sahaja yang kita tahu.Tetapi bidang farmasieutikal ada sebahagian tidak patuh syariah.

“Itu sedikit sebanyak yang kita boleh bantu selain daripada membangunkan industri digital pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 di sini hari ini.- Utusan Malaysia