Home » Muamalah » Tips berbelanja dengan berhemah

Tips berbelanja dengan berhemah

  1. Tentukan matlamat kewangan

Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan dan ke mana kita ingin menggunakannya. Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan. Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu.

  1. Awasi tabiat berbelanja

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan. Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata.

  1. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan

Kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran perbelanjaannya.

  1. Simpan sebelum belanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:

Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.

  1. Perbelanjaan isi rumah

Jika kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara borong.

  1. Kad Kredit

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga, selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.

  1. Fikirkanlah masa depan

Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tujuan kewangan kita. – MAJALAH DAKWAH

(Seperti disyorkan oleh Smart Consumer, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *