Home » Citra Yadim » Kesedaran muamalah Islam masih rendah

Kesedaran muamalah Islam masih rendah

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kesedaran mengenai muamalah Islam dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan ia perlu didedahkan secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penjelasan berhubung perkara ini boleh diadakan dengan bantuan Jabatan Agama Negeri (JAIN) melalui institusi masjid.

“Masyarakat hari ini lebih cenderung kepada sistem pelaburan yang tidak patuh syariah dan bersifat mendapat keuntungan segera dan terkeluar dari prinsip Islam.

“(Justeru) pencerahan perlu dilakukan segera supaya  mereka faham dan perkara ini boleh diadakan dalam bentuk mudah serta santai bagi menarik minat masyarakat,’’ katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah 2017 anjuran yayasan dakwah islamiah Malaysia di sini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  Dr. Yusri Mohamad, Ketua Pegawai Esekutif Malaysian Takaful Association, Azli Munani, Director Islamic Capital Market, Bursa Malaysia, Shamsul Akmal Ahmad, Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Ahmad Ridzuan Abdullah

Dr. Asyraf Wajdi berkata, ia boleh dilakukan di masjid ketika mengisi masa selepas solat Maghrib sehingga Isyak.

Menurutnya, walaupun negara menjadi peneraju kepada sistem perbankan dan takaful Islam, namun ia lebih banyak digunakan golongan bukan Islam berbanding masyarakat Islam sendiri.

“Perkara ini berlaku kerana golongan bukan Islam lebih yakin serta memahami mengenai kebaikan sistem ini,’’katanya.

Sementara itu, Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah 2017, diadakan bertujuan mendidik masyarkat, mencintai muamalah dan ia adalah lanjutan daripada penganjuran program yang sama pada tahun lalu.

Sebanyak 111 penyertaan dalam kategori Takaful dan Pelaburan Patuh Syariah diterima.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *