Home » Citra Yadim » TOM beri manfaat besar kepada anak-anak GEN-T.

TOM beri manfaat besar kepada anak-anak GEN-T.

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,500 pelajar sekolah menengah di negeri ini telah menerima manfaat hasil penglibatan dengan program Transformasi Orang Muda (TOM) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Menerusi TOM, para pelajar berkenaan yang dipanggil sebagai Generasi Terengganu (Gen T) oleh Jabatan Pendididikan Negeri (JPN) menerima input motivasi dan kerohanian sebagai pengisian penting untuk mengharungi alam remaja dan persekolahan.

Sepanjang 2019, sebanyak 15 sesi TOM diadakan di seluruh negeri ini dengan memfokuskan sasarannya kepada anak-anak Gen T dari pelbagai latar belakang.

TOM dirangka khas bagi menyantuni dan memperkasa anak-anak Gen T ke arah menjadi individu berjati diri cemerlang dan mampu mengalas tanggungjawab dalam masyarakat.

Antara pengisian program ialah bengkel kemahiran, persembahan gerak kerja, ceramah motivasi, kursus pengurusan jenazah, aktiviti luar dan sebagainya.

Tinjauan rawak ke atas peserta mendapati kebanyakannya sangat berpuas hati dengan TOM, serta berharap penganjurannya diteruskan lagi pada masa akan datang.

TOM dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama JPN Terengganu. Majlis penutup kepada siri TOM anjuran YADIM pada 2019 telah diadakan pada 26 September lalu di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu di sini.

Bagi sesi penutup, lebih 120 Gen T terpilih dari seluruh Terengganu menghadirinya. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Perasmian penutupannya disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri (Sektor Perancangan dan Pengurusan), Matsor Ismail.

Dalam pada itu oleh kerana keberkesanan TOM, selain secara kerjasama dengan JPN Terengganu, YADIM juga pernah diminta sendiri oleh pihak sekolah untuk mengadakan program berkenaan di sekolah mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *