SINGAPURA – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berjabat tangan dan tersenyum ketika memulakan pertemuan bersejarah di Singapura hari ini, beberapa bulan selepas saling berperang lisan dan ancaman perang nuklear.
Pertemuan kedua-duanya tidak terfikir boleh dilakukan tahun lalu apabila ketegangan memuncak di rantau berkenaan berhubung program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara ketika ia berusaha mencapai matlamat membangunkan peluru berpandu dengan peledak nuklear yang boleh sampai di AS.
Dalam pada itu, Trump meramalkan beliau akan menjalin ‘hubungan hebat’ dengan Jong-un.
“Kami akan mempunyai hubungan hebat, saya tidak ragu-ragu lagi,” kata Trump dengan senyuman dan sentuhan di belakang Jong-un yang bertentangan dengan ketegangan dan pertumpahan darah antara kedua-dua musuh Perang Dingin selama beberapa dekad itu.
Sementara itu, Jong-un, berkata Korea Utara dan AS berjaya mengatasi halangan untuk mengadakan sidang kemuncak itu. – AFP
KOMEN