Home » Langit Terbuka » Tudung: AirAsia hantar kru lelaki, Firefly bukan Islam

Tudung: AirAsia hantar kru lelaki, Firefly bukan Islam

Pemakaian tudung oleh wanita Islam diwajibkan di wilayah Acheh termasuk kru penerbangan. Foto : https://cdn-2.tstatic.net

KUALA LUMPUR, 31 Jan — AirAsia akan menugaskan kru lelaki dalam semua penerbangan ke Aceh berikutan wilayah itu menguat kuasa pemakaian tudung.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata mereka sedia mematuhi syarat baru tersebut berikutan wilayah berkenaan mengamalkan undang-undang Islam.

“Kami komited untuk memastikan operasi kami mengikut peraturan,” kata AirAsia dalam kenyataan kepada Malay Mail.

“Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan diuruskan oleh kru lelaki”.

Satu lagi syarikat penerbangan ke Aceh, Firefly Sdn Bhd mungkin menyemak semula jadual, hanya melibatkan kru penerbangan bukan Islam.

Ketua pegawai eksekutifnya Ignatius Ong berkata permintaan Aceh masih dipertimbang tetapi keputusan belum dibuat. – MALAY MAIL

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *