Home » Citra Yadim » Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Tukang gunting adalah antara golongan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu kerana punca pendapatan yang terputus akibat tidak dapat melakukan perniagaan.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 Jun menerusi Program Musa’adah Covid-19, YADIM Peduli telah menyantuni golongan berkenaan.

Dalam satu majlis ringkas di sini, seramai 20 orang ahli Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera (MBBA) Kedah telah menerima sumbangan badan dakwah ini.

Kesemuanya terkesan kerana sejak PKP dilaksanakan, perniagaan mereka masih tidak dapat beroperasi hingga kini. Dalam majlis yang diadakan di hadapan kedai Pengerusi MBBA, Noor Afiq Syahmi Ahmad Nawawi itu, kesemuanya menerima barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

YADIM Kedah kemudiannya meneruskan program sumbangan kepada 15 keluarga B40 di Kampung Dulang Besar dan Kampung Dulang Kechil di Yan. Sumbangan di sampaikan kepada Imam Masjid Ahmadiah, Dulang Besar, Tn. Haji Mohd Rosli Harun.

Seterusnya, RELA Daerah Yan menerima sumbangan cecair pembasmi kuman, penutup muka dan hidung, sarung tangan dan makanan daripada YADIM Kedah di pejabat mereka.

Acara terakhir ialah sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 keluarga asnaf di Singkir, Badong.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *