Pusat tahfiz ternak ikan dalam tangki PVC sebagai ikhtiar tambah dana

SEREMBAN – Menyedari keperluan untuk tidak terlalu bergantung kepada yuran bulanan pelajar, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah yang terletak di Rantau, dekat sini mengambil inisiatif menjalankan penternakan ikan air tawar bagi mengurangkan kos operasinya.   Pengerusinya, Dr. Suhaili Sahari berkata, projek ternakan ikan menggunakan tangki air polivinil klorida (PVC) dimulakan pihaknya sejak dua tahun lalu yang […]

Industri halal berpotensi besar diperkasa

KUALA LUMPUR – Industri halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang dan inklusif, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, eksport halal pada tahun lalu bernilai RM40.2 bilion atau 4.1 peratus bagi keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM986.4 bilion. “Ini bermakna potensi industri halal […]

Pendapatan TH meningkat

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mencatat pendapatan pelaburan RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham. Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu. Pelaburan hartanah menjana pendapatan RM204.57 juta manakala […]

Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Tukang gunting adalah antara golongan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu kerana punca pendapatan yang terputus akibat tidak dapat melakukan perniagaan. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 Jun menerusi Program Musa’adah Covid-19, YADIM Peduli telah menyantuni golongan berkenaan. Dalam satu […]

Malaysia tergolong antara negara teratas dalam pencapaian pendidikan kepada wanita – TPM

KUALA LUMPUR – Malaysia tergolong antara negara teratas dalam pencapaian pendidikan kepada kaum wanita, yang berpandukan Laporan Jurang Gender Global 2018, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah berkata, pada 2018, kadar penglibatan wanita dalam pendidikan tinggi ialah 48 peratus berbanding 38 peratus lelaki. “Saya gembira melaporkan beberapa […]

Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih RM815 juta bagi separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan langkah penjimatan kos, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kedudukan keseluruhan TH kekal stabil setakat 30 Jun lalu dengan asetnya berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion – perbezaan sebanyak RM1.8 bilion. […]

Cili jana pendapatan masjid

GERIK – Bermula dengan cadangan untuk menghijaukan kawasan persekitaran masjid, timbul idea untuk menanam cili oleh jawatankuasa Masjid Jamek Pengkalan Hulu di sini. Idea itu disokong oleh sebuah sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman menanam dan menjual cili, Siti Kraf Enterprise yang membantu modal permulaan bagi menyediakan peralatan pertanian yang sistematik. Setelah projek tanaman cili fertigasi […]

Tabung Haji catat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta dan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac tahun ini. TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pencapaian itu dicapai hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018. “Kedudukan kewangan TH semakin kukuh dengan […]