Home » Citra Yadim » Tunas Samudera Voyage 452/23

Tunas Samudera Voyage 452/23

PUTRAJAYA – Buat Julung kalinya warga YADIM diberi peluang menyertai program Jati Diri Kapal Latihan Diraja (KLD) Tunas Samudera yang memulakan pelayarannya pada 1 hingga 11 Ogos ini.
Menerusi pemilihan ketat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Ali Azfar Khairul Faiz dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Duat, Anis Razani terpilih dan bakal menjalani latihan di kapal milik TLDM itu.
Program ini dianjurkan KBS bersama TLDM yang bertujuan mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.
Ia juga bagi meningkatkan kualiti kepimpinan belia , disiplin dalam diri serta sifat ukhuwah yang sejahtera di kalangan mereka.
Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bertempat di jeti TLDM Lumut pada 1 Ogos, telah diadakan Majlis Penyerahan Peserta Program Jati Diri KLD Tunas Samudera Voyage 452/23.
Pengarah Kemahiran KBS, Encik Shahrul Affendi Baharudin hadir menyempurnakan majlis ini.
Turut hadir Pegawai Memerintah KLD Tunas Samudera, Komander Azmi Abu Zarin, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia Dr Zainah Shariff serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.
YADIM ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta TLDM atas jemputan dan peluang yang diberikan ini. Semoga program ini dapat menjadi nilai tambah dalam kalangan pegawai badan dakwah ini untuk terus cekal dalam misi dakwah dan pembangunan ummah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *