Home » Citra Yadim » Lantikan penasihat SPSM YADIM

Lantikan penasihat SPSM YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Perancangan Strategik dan Media (SPSM) YADIM telah melantik tiga pakar berkebolehan sebagai penasihat untuk bahagian-bahagian dalam sektor ini.

Tiga individu berkenaan ialah Prof Madya Dr Mariam Abd Majid, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Selangor sebagai Penasihat Bahagian Perancangan Strategik, Timbalan Pengurus Besar Telaga Biru Sdn Bhd, Haji Muhammad Iqbal Waharp sebagai Penasihat Bahagian Penerbitan dan Encik Adi Shamsul Abdul Hayee, seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang penyiaran di negara ini sebagai Penasihat Bahagian Media dan Teknologi Dakwah.

Mereka menerima watikah perlantikan masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas SPSM pada 1 Ogos.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM bagi SPSM, Ustazah Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin, Pengarah Kanan SPSM, Puan Zalilah Bahari, pengarah, pegawai dan kakitangan SPSM.

Semoga lantikan ini akan memacu SPSM agar lebih hebat melestari gerakan dakwah selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *