Home » Langit Terbuka » Tuntutan LGBT keterlaluan

Tuntutan LGBT keterlaluan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau senada dengan Perdana Menteri, berhubung isu tuntutan LBGT yang disifatkannya sebagai keterlaluan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuntutan hak asasi manusia oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Presiden PKR itu berkata, dirinya senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu tersebut, namun begitu, beliau menyarankan supaya undang-undang berkaitan kes liwat dipinda kerana tidak berasaskan agama Islam.

Walau bagaimanapun, An­war menegaskan, saranan supaya undang-undang liwat dipinda tidak bermakna beliau menyokong agenda songsang golongan LGBT.

“Daripada sikap kerajaan Pakatan Harapan, Dr. Mahathir sendiri telah beri jawapan yang agak tegas.

“Saya bila ditanya tentang undang-undang khusus sodomi atau liwat, saya jawab ini bukan perundangan Islam yang dibawa, ini adalah perundangan Inggeris yang dibawa ke India dan dipinjamkan oleh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sesi soal jawab sempena Syarahan Negarawan 2018 bertajuk Malaysia Baharu Ke Arah Memperkukuh Negara Bangsa di sini hari ini. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *