Turki bina sendiri loji nuklear ketiga

0
258
Recep Tayyip Erdogan

ANKARA – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki bakal membina loji kuasa nuklearnya yang ketiga, menurut Agensi Maklumat Macedonia (MIA), memetik agensi berita Anadolu.

Semasa sesi soal jawab bersama golongan belia yang disiarkan media sosial, Presiden Turki itu berkata negara tersebut akan membina loji kuasa nuklearnya sendiri selepas Akkuyu yang akan dibina Rusia.

“Akkuyu akan memenuhi 10 peratus keperluan tenaga negara manakala 10 peratus atau lebih lagi dipenuhi loji kuasa nuklear kedua, yang terletak di Sinop.

- advertisement -

“Turki juga akan mempunyai peluang untuk membina lojinya yang ketiga.” katanya.

Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin merasmikan pembinaan loji Akkuyu di Ankara pada awal April lepas.

Loji Akkuyu, terletak di wilayah selatan Mersin, mempunyai empat reaktor, masing-masing dengan kapasiti 1,200 megawatt, dan akan dibina oleh agensi tenaga nuklear negara Rusia, Rosatom. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here