Home » Langit Terbuka » Turki kecam beberapa negara Arab gagal beri respon isu Baitulmaqdis

Turki kecam beberapa negara Arab gagal beri respon isu Baitulmaqdis

ANKARA, 13 Dis.  – Turki mengecam beberapa negara Arab yang dilihat lemah dalam memberi respon berhubung pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmaqdis, baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, beliau kesal dengan sikap beberapa negara Arab, yang seolah-olah malu dengan AS.

“Kita akan terus menggesa negara-negara yang setakat ini belum mengiktiraf Palestin untuk berbuat demikian segera.

“Kita mahu AS sedar dengan kesilapannya,” katanya.

Minggu lalu, Trump mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk usaha memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke tapak suci ketiga umat Islam itu.

Peralihan dramatik dasar Washington itu mendapat kritikan hebat masyarakat antarabangsa termasuk sekutu Barat AS dan mencetuskan protes di Palestin, Turki, Mesir, Jordan, Iraq dan beberapa lagi negara lain.

Turki telah meminta mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul hari ini, bagi membincangkan langkah Washington itu.

Cavusoglu menegaskan bahawa mesyuarat OIC mesti mengeluarkan sebarang kenyataan tegas, sebagai membuktikan pertubuhan itu berkuasa.- Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *