Home » Langit Terbuka » Turki sahkan rejim Syria guna gas sarin dalam serangan

Turki sahkan rejim Syria guna gas sarin dalam serangan

ANKARA, 11 April – Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdağ mengesahkan gas sarin telah dikesan di dalam sampel darah dan air kencing mangsa tercedera dalam serangan di bandar Khan Sheikhun di Syria.
Beliau berkata, keputusan itu memberikan “bukti kukuh” penggunaannya dalam serangan berkenaan.
Kira-kira 30 mangsa telah dibawa merentasi sempadan berikutan serangan Selasa lalu, dan beberapa daripada mereka telah meninggal dunia.
Autopsi ke atas mangsa di Turki dilakukan tidak lama selepas serangan itu dan dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, telah membuat kesimpulan terdapat bukti pendedahan sarin.
Doktor dan pekerja bantuan yang memeriksa mangsa tercedera dalam pembunuhan beramai-ramai minggu lalu, berkata mereka menunjukkan gejala pendedahan kepada ejen saraf yang serupa dengan sarin, serta bahan kimia yang kedua berkemungkinan adalah klorin.
Recep Akdağ berkata, isopropyl asid methylphosphonic, bahan kimia yang mana sarin dimasukkan didapati ada di dalam sampel darah dan air kencing yang diambil daripada pesakit yang tiba di Turki.
Keputusan ujian di Turki, jika benar, akan menambah tegangan kepada tuduhan oleh kuasa-kuasa barat bahawa rejim Assad yang menggunakan sarin dalam salah satu serangan besar-besaran mangsa kimia yang paling dahsyat dalam konflik enam tahun. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *