Home » Langit Terbuka » TV Al Hijrah dinobat media Islam bertanggungjawab

TV Al Hijrah dinobat media Islam bertanggungjawab

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah (kanan) ketika menerima anugerah Media Islam Bertanggungjawab sempena Global Halal Excellence Awards (GHEA) 2020 dan Global Business Leadership Award (GBLA) 2020. - Foto TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – TV Alhijrah dinobat penerima Media Islam Bertanggungjawab sempena Global Halal Excellence Awards (GHEA) 2020 dan Global Business Leadership Award (GBLA) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata penganugerahan itu hasil usaha tenaga kerja yang memainkan peranan dan tanggungjawab menghasilkan rancangan yang sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kerana hasil usaha tenaga kerja di TV Alhijrah di bilik berita, jabatan penerbitan, jualan media, kejuruteraan dan yang lain.

“Kita diperakui sebagai media yang memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memberikan hiburan yang bersempadan di samping dakwah yang berterusan, alhamdulillah,” katanya.

Anugerah pada Selasa (29 September) anjuran Asia Pacific Business Council For Sustainability And The Leadership Post itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Majlis anugerah yang pertama kali dianjurkan itu dibuat bagi mengiktiraf usahawan dan organisasi yang cemerlang dan lestari di peringkat global. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *