YADIM Zon Selatan anjur Kembara Dakwah

JOHOR BAHRU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan akan berkolaborasi dengan beberapa pihak bagi menjayakan program, Kembara Dakwah Johor Bahru Tour 2017 bersama ulama terkenal, Syakh Muhammad bin Yahya Al-Ninowy. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhamad Ammar Abdullah berkata, dalam program yang diadakan sebanyak lima lokasi, Syakh Muhammad akan menyampaikan ceramah […]

Sahabat YADIM sertai program TRAPI

PUTRAJAYA 6 Mac – Seminar Transformasi Permikiran Islam (TRAPI) Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan melibatkan ahli-ahli Sahabat YADIM pada 4 Mac lalu telah menarik hampir penyertaan 700 peserta  yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari 14 pusat pengajian tinggi. Program yang diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka itu telah dipenuhi dengan program ceramah oleh tokoh-tokoh […]

Keterlibatan belia dalam gerakan radikal membimbangkan

PUTRAJAYA9 Mac  – Keterlibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme agak membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Timbalan perdana menteri berkata, ini kerana 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat Polis Diraja Malaysia sehingga 20 Sept tahun lepas melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun. Katanya kajian komprehensif yang dilaksanakan oleh Institut […]

RUU 355 tak perlu dipolemikkan – Penasihat Syariah

SHAH ALAM 9 Mac – Pemerkasaan institusi kehakiman khususnya bagi Mahkamah Syariah merupakan satu proses berterusan yang tidak seharusnya dipolemikkan oleh mana-mana pihak sehingga mengundang perbincangan secara tidak sihat terutamanya jika golongan terbabit tidak mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan. Menurut Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Rang Undang-Undang Akta […]

Tribunal yakin ada kes terhadap Myanmar mengenai isu Rohingya

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Panel hakim Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar yakin bahawa pertuduhan jenayah kejam terhadap etnik Rohingya dan Kachin perlu diputuskan oleh mahkamah berdasarkan bukti yang dikemukakan semasa sesi pembukaan pada 6 hingga 7 Mac di London. “Berdasarkan semua keterangan yang diberikan kepada panel, adalah jelas pihak tentera masih […]

16 pegawai dan anggota polis didakwa rasuah

KUALA LUMPUR 9 Mac : Seramai 16 pegawai dan anggota polis di empat negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini. SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, suspek terdiri daripada Deputi Superintendan, dua Asisten Superintendan, dua Inspektor dan selebihnya anggota berpangkat rendah. Katanya, lapan daripada suspek […]

Hijrah ilmu, dari Fardu Kifayah kepada Fardu Ain

Oleh BURHANUDDIN JALAL Kita baru sahaja menyambut tahun baru hijrah 1438. Memperingati peristiwa hijrah tidak sekadar menyorot kembali sirah hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan peristiwa tersebut diperingati sebagai peristiwa semata-mata, tetapi ia perlu memberikan kesan kepada kita umat Islam sekali gus memberikan ilmu dan pengertian untuk kita fikirkan bersama. Dalam konteks […]

Kesultanan Ternate

Kesultanan Ternate merupakan kesultanan terbesar di Kepulauan Maluku pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Sejak abad ke-10, Ternate dikenali sebagai pusat perdagangan rempah. Kapal dari Jawa, Melaka dan Arab sering belayar ke sana. Kesultanan ini pada awalnya berpegang pada animisme. Namun, setelah Sultan Zainal Abidin (1486-1500), Raja Ternate ke-19, kembali dari Giri, Gersik dan menyandang […]

Teori Ptolemy di bawah akalnya

IBNU al-Syatir adalah ahli astronomi yang sangat penting dan berpengaruh dalam sejarah perabadan Islam. Beliau berhasil menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan individu dan kumpulan yang mengkaji serta mendalami ilmu astronomi. Ibnu Al-Syatir pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir kayu. Selepas kematian bapanya ketika usia beliau enam tahun, turut menguasai ilmu kesenian […]

Sembang Dakwah eratkan silaturahim

SUNGAI PETANI 7 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Sembang Dakwah bertempat di Dewan JKKKN Seberang Perani, Pulau Pinang pada 4 Mac lalu. Program ini yang telah dihadiri oleh kira-kira 80 penduduk setempat,  antara lainnya bertujuan untuk merapatkan hubungan penduduk setempat melalui program-program dakwah bersesuaian dengan tajuk yang dibawa […]