Britain lancar projek #VisitMyMosque

BIRMINGHAM – ENGLAND 7 Februari –  Ratusan masjid di seluruh Britain membuka pintu kepada rakyat tempatan sebagai sebahagian inisiatif menangani salah faham tentang masyarakat Islam. Lebih 150 masjid menyertai projek #VisitMyMosque yang turut menarik perhatian ramai pengunjung, kelmarin. Kempen anjuran Majlis Islam Britain (MCB) bertujuan untuk menjawab segala persoalan semua pengunjung tanpa mengira agama dan […]

Jangan salah guna nama Islam bagi lariskan produk

KUALA LUMPUR 7 Februari – Islam tidak menggalakkan nama dan istilah dalam agama itu dieks­ploitasi untuk tujuan pemasaran sekali gus melariskan produk jualan. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana pelabelan produk seperti ‘makanan sunah’ atau ‘minuman sunah’ boleh mengelirukan dan memperdayakan orang lain. “Perkara ini tidaklah sampai ke tahap merosakkan akidah, tetapi […]

Makkah: Polis Arab Saudi berjaya gagalkan tindakan bakar Kaabah

RIYADH, 7 Februari – Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua. Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas […]

Cabaran getir wakaf pendidikan

SEJARAH Islam jelas membuktikan bahawa wakaf dapat menjadi sumber dana utama bagi dunia pendidikan. Terdapat banyak contoh wakaf berkenaan, sama ada dilaksanakan secara individu, institusi ataupun kerajaan. Antara institusi wakaf di beberapa buah negara Islam yang berjaya dan terkenal adalah Universiti al-Azhar, Mesir, Madrasah Nizamiyyah, Iraq; Madrasah Al-Junied, Singapura dan Yayasan Darunnajah dan Universiti Islam […]

Bukan milik Singapura

Rekod komunikasi Pulau Batu Puteh antara dorongan ke ICJ KUALA LUMPUR 6 Feb. – Penemuan rekod komunikasi antara pemimpin terting­gi British pada lewat 1950-an yang menyatakan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura dipercayai salah satu faktor mendorong Malaysia memohon semakan semula dalam kes tuntutan bertindih terhadap pulau tersebut. Timbalan Pengarah Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa […]

Gerakan kesederhanaan global perlu tangani Islamophobia

PUTRAJAYA 6 Februari – Pergerakan kesederhanaan global perlu diwujudkan untuk memupuk kesederhanaan dan menangani Islamophobia, kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif The Global Compass, Jean-Christophe Bas (JC Bas). Beliau menarik perhatian mengenai pentingnya peranan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) sambil berkata kewujudan pergerakan kesederhanaan harus menjangkaui ahli politik dan kerajaan. ”Justeru, adalah perlu seluruh dunia […]

Persepsi negatif mengenai Islam meningkat di Perancis, Jerman

PUTRAJAYA 6 Feb. – Tinjauan pendapat yang dilaksanakan di Perancis dan Jerman pada tahun lalu menunjukkan persepsi negatif orang ramai terhadap Islam semakin meningkat. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Compass, Jean Christophe Bas berkata, sebanyak 47 peratus penduduk di Perancis dan 43 peratus di Jerman beranggapan bahawa agama Islam merupakan satu bentuk ancaman. Malah, […]

Indonesia cuba sekat pengaruh kumpulan Islam

JAKARTA 5 Februari  – Kerajaan Indonesia dilaporkan cuba menyekat pengaruh kumpulan konservatif Islam yang melancarkan bantahan terhadap Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok tahun lalu, walaupun pakar memberi amaran tindakan itu sukar dilaksanakan. Barisan Pertahanan Islam (FPI) semakin berpengaruh di negara paling ramai umat Islam di dunia ini walaupun pandangan pertubuhan itu […]

Batu Puteh: Ketengah fakta sejarah tidak boleh dicabar

Fakta baharu dorong Malaysia mohon semakan KUALA LUMPUR 5 Februari  – Bukti sejarah yang tidak boleh dicabar bahawa Pulau Batu Puteh sememangnya berada dalam wilayah Malaysia dalam setiap keadaan akan memberi peluang cerah kepada Malaysia dalam proses semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008. Setiausaha Agung Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO), Prof. Datuk […]

AS batal lebih 100,000 visa lawatan

WASHINGTON, 5 Februari – Lebih 100,000 visa dibatalkan susulan larangan perjalanan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap tujuh negara Islam. Angka itu dilaporkan akhbar The Washington Post menerusi pendakwa raya kerajaan ketika pendengaran di Mahkamah Virginia. Minggu lalu, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk membekukan kemasukan pelarian dari warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria […]