Guidance To Purity Convention 2017 : anjuran bersama YAAW, YADIM dan BAKL

KUALA LUMPUR 3 Februari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Yayasan Amanah Al-Wariseen (YAAW) dan Pusat Pengajian Ba’alawi Kuala Lumpur (BAKL) akan menganjurkan program konvenysen iaitu `Guidance To Purity Convention 2017: Notion To Be Corrected’. Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Muktmar Pusat Islam Kuala Lumpur dengan beberapa pengisian […]
Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara

KUALA LUMPUR, 2 Februari – Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pensijilan itu dianugerahkan kepada Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) yang akan menggalakkan penyertaan daripada syarikat […]
Isu fatwa: PAS Pulau Pinang cabar kerajaan negeri saman

PETALING JAYA 2 Februari – Kerajaan Pulau Pinang boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS jika mendapati ia difitnah apabila didakwa campur tangan dalam proses fatwa di negeri itu. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan dakwaan itu benar dan bukannya fitnah yang direka terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP. “Sebagai bekas ahli Jawatankuasa […]
JAKIM lantik MPJA wakil badan halal di Jepun

SERI KEMBANGAN 2 Februari : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melantik Presiden Persatuan Muslim Jepun Profesional (MPJA) Akmal Abu Hassan, sebagai wakil bagi badan pengesahan halal di Jepun. Pelantikan itu sebagai mandat membolehkan Persatuan Muslim Jepun Profesional membolehkan industri Jepun mendapatkan status halal bagi produk makanan untuk pasaran Malaysia dan negara Islam lain. Majlis anugerah […]
RIS himpun cendiakawan Islam

KUALA LUMPUR 2 Februari – Buat julung-julung kalinya program Reviving The Islamic Spirit (RIS) akan dianjurkan di Malaysia, selepas 15 tahun diadakan di Kanada hasil kolaborasi di antara pihak penganjur iaitu AL Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program berkenaan yang akan […]
Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk AS

KUALA LUMPUR 1 Februari – Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk ke negara itu. Dalam satu kenyataan itu, kedutaan tersebut memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia masih boleh memasuki AS dengan visa yang sah. “Arahan Eksekutif yang dikeluarkan masih lagi sah namun Malaysia […]
Suu Kyi buat pusingan U isu Rohingya?

YANGON – MYANMAR 1 Februari – Jika sebelum ini, veteran demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan mengulas berkenaan isu dan situasi minoriti Rohingya di Rakhine, tetapi semalam, beliau seolah-olah membuat u-turn dengan memberi kenyataan berbeza. Menurut Xianhua.net yang memetik laporan akhbar Mynmar Global News Light of Myanmar, Suu Kyi menggesa kumpulan majoriti untuk memainkan […]
Mufti kecam kenyataan Setiausaha Agung PBB mengenai Masjidil Aqsa

JERUSALEM, 1 Februari – Mufti Jerusalem, Sheikh Mohamed Hussein mengecam kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dalam temu bual bersama radio rejim Zionis, mengenai Masjidil Aqsa, semalam. Dalam temu bual itu, Guterres memberitahu radio rejim bahawa adalah jelas kuil yang dimusnahkan oleh Rom di Jerusalem adalah milik Yahudi. Gutterres menyokong dakwaan Israel […]
Sekat negara Islam masuk AS, tiga lagi negeri saman pentadbiran Trump

SAN FRANCISCO, 1 Februari – Selain Washington, tiga lagi negeri di Amerika Syarikat mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Presiden negara itu, Donald Trump. Tiga negeri terbabit ialah Massachusetts, New York dan Virginia mengambil tindakan demikian susulan pelaksanaan dasar imigresen yang menyekat rakyat daripada tujuh negara majoriti Islam masuk ke negara berkenaan. Cabaran perundangan itu mendakwa […]
MPK anggap perkara biasa, Exco kata tak boleh

KLANG 31 Januari – Ketika umat Islam berang dengan kewujudan sebuah tokong kecil menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula menyifatkan kewujudan tokong atau kuil seperti itu perkara biasa dan telah lama wujud di bandar tersebut. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, terdapat beberapa rumah ibadat menyerupai masjid di bandar […]