Perbezaan politik, pandangan bukan halangan nyatakan keamanan.

KUALA LUMPUR 4 Dis.-Perbezaan parti politik dan pandangan pelbagai pihak di negara ini tidak menjadi halangan untuk berhimpun dan menunjukkan reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr.Yusri Mohamad berkata, ia turut menjadi kekuatan utama untuk mengerakkan kepimpinan utama negara dalam usaha menyatakan mesej […]

Isu Rohingya: Malaysia desak badan antarabangsa ambil tindakan

KUALA LUMPUR, 4 Dis.  – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak badan antarabangsa serta negara komuniti ASEAN mengambil tindakan dalam menghentikan kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Beliau meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya tidak sekadar menyaksikan kekejaman berlaku, sebaliknya mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. […]

Etnik Rohingya bersyukur Malaysia perjuangkan pembelaan

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Etnik Rohingya di Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tegas memperjuangkan pembelaan terhadap etnik itu yang sedang ditindas di Myanmar. Setiausaha Persatuan Rohingya di Malaysia Nursobi Muhamad Sultan berkata, pemimpin-pemimpin negara lain kini perlu mencontohi ketegasan Najib dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan […]

YADIM Utara sampaikan sumbangan kepada Orang Asli

SUNGAI PETANI 2 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Ziarah Kasih pada 24 November 2016 lalu di Perkampungan Orang Asli (KOA) Kabil, Hulu Perak, Perak. Eksekutif YADIM Zon Utara, Afifi berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah penyerahan sumbangan pakaian kain pelikat dan kopiah bagi 30 orang asli yang dilantik […]

Rohingya: NGO Islam kecam kekejaman

ALOR SETAR 2 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di utara tanah air bersepakat mengecam kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya dan mahu satu tindakan konkrit diambil segera membantu mereka. Ketetapan itu dicapai hasil daripada program Halaqah Ilmi NGO-NGO Islam yang telah diadakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara pada 27 November […]

Tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 2 Dis. – Tiga universiti di Malaysia berjaya memasuki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara dalam Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017. Menurut laman web THE, Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ke-89, melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini, manakala dua lagi universiti iaitu […]

300 pelarian selamat, nasib 200 lagi belum diketahui

ALOR SETAR 2 Dis.  – Kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya yang dilaporkan terkandas antara perairan Myanmar dan Bangladesh sejak 17 November lepas ditemui selamat selepas diberi pertolongan penduduk kampung di Bangladesh, tiga hari lalu. Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia cawangan Kedah, Yusof Ali berkata, mereka adalah antara 500 pelarian yang melarikan diri dari Myanmar dengan menaiki […]

JAIM rampas 500 alas kaki ada ayat al-Quran

MELAKA 1 Dis. – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas kira-kira 500 helai alas kaki dilapisi kertas tertera ayat-ayat al-Quran dalam serbuan di sebuah gudang pembekal alat keperluan rumah di Krubong di sini, hari ini. Serbuan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran JAIM serta polis itu dibuat selepas sekeping gambar […]

10,000 berhimpun sokong Rohingya

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Lebih 10,000 orang dijangka hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya anjuran perlbagai pihak termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara. Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bertujuan menunjukkan rasa prihatin rakyat Malaysia terhadap nasib […]

1,000 pemimpin muda berhimpun pada KKSY16

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Seramai 1,000 pimpinan Sahabat YADIM dari seluruh negara akan berkumpul pada Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016 (KKSY16) yang bakal berlangsung pada 3 Disember ini bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda, Zamani Karulani berkata, program berkenaan yang bertemakan `Memartabat Sahsiah Insan, Membentuk Generasi Berwawasan’ bakal […]