Home » Citra Yadim » 1,000 pemimpin muda berhimpun pada KKSY16

1,000 pemimpin muda berhimpun pada KKSY16

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Seramai 1,000 pimpinan Sahabat YADIM dari seluruh negara akan berkumpul pada Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016 (KKSY16) yang bakal berlangsung pada 3 Disember ini bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda, Zamani Karulani berkata, program berkenaan yang bertemakan `Memartabat Sahsiah Insan, Membentuk Generasi Berwawasan’ bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Konvensyen ini akan mengumpulkan 1,000 pimpinan Sahabat YADIM dari seluruh negara  melibatkan 30 universiti tempatan.

“Pada konvenyen ini, mereka akan berhimpun, berbincang, bertukar fikiran dan merapatkan silaturahim sesama mereka demi mencapai sebuah impian iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi,’’ katanya.

Menurut nya,  Sahabat YADIM adalah satu paltform naungan YADIM bagi mahasiswa Islam membina ilmu dan kemahiran diri bagi menjana kepimpinan masa depan negara yang beridelaisme Islam dan berjiwa dakwah.

“Penubuhan Sahabat YADIM adalah untuk melahirkan kepimpinan pelapis masa depan yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah serta menjadi  paltform kepada mahsiswa bagi meningkatkan kemahiran diri dan menyumbang kepada umat.

Katanya, Sahabat YADIM terbuka kepada warga negara malaysia yang beragama Islam dan berumur di antara 15 dan 25 tahun.

“Idea mencetuskan penubuhan Sahabat YADIM ini adalah untuk  membentuk generasi muda hari ini  berasaskan kepada prinsip asas Islam iaitu berteraskan kepada akidah yang benar iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah dan berasaskan rangka kerja maqasid syariah atau matlamat syarak,’’ katanya.

Sejak tertubuhnya Sahabat YADIM pada 1 November 2013, beliau berkata, Kelab Sahabat YADIM kini sudah ada di 26 IPT seluruh negara.

Beliau berkata, melalui Sahabat YADIM ini, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk Jejak Menara, Nadwah Qiyadi, Bicara Siswa, Kem Daie Muda Matrik, Kem Qiyadi, Liqa’ Ukhuwwah, Mukhayyam, Ikhtikaf Ramadhan Sahabat YADIM dan banyak lagi.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas yang diterima, para pelajar universiti sememangnya berminat dalam kerja-kerja dakwah dan melibatkan dalam aktiviti yang boleh mendedahkan mereka kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *