Home » Citra Yadim » 10,000 berhimpun sokong Rohingya

10,000 berhimpun sokong Rohingya

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Lebih 10,000 orang dijangka hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya anjuran perlbagai pihak termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara.

Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada 4 Disember ini bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bertujuan menunjukkan rasa prihatin rakyat Malaysia terhadap nasib yang menimpa etnik minority  Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Dalam program yang bermula seawal 8 pagi itu, satu deklarasi akan dikeluarkan bagi menyatakan pendirian NGO Islam terhadap isu ini sekaligus memberi gambaran keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap isu berkenaan.

Program berkenaan akan turut disertai oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Perdan Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta pimpinan-pimpinan NGO Islam seluruh negara.

Masyarakat Rohingya dilaporkan kini sedang ditindas di Myanmar menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke negara-negara berhampiran termasuk Malaysia.

Keganasan terhadap etnik Rohingya ini dikatakan bermula sejak 1978, dan sejak itu mereka telah menjadi pelarian di negara jiran terutamanya Bangladesh. Kerajaan Bangladesh menganggarkan antara 300,000 hingga 500,000 Rohingyas kini berada di negara berkenaan.

Laporan media melaporkan rumah orang-orang Rohingya telah dibakar dan ada penduduk Islam berkenaan telah dibunuh dengan kejam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *