Musuh Islam tidak mahu ummah bersatu

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Musuh Islam tidak mahu umat Islam bersatu padu sekali gus memastikan mereka kekal dalam perpecahan untuk selama-lamanya. Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihak musuh kini jadi gelisah apabila menyaksikan umat Islam berusaha menyatupadukan saf dengan menjadikan Islam sebagai agenda utama. Menurut beliau, pelbagai propaganda dan provokasi dicetuskan agar umat […]
Mahkamah batalkan satu daripada dua hukuman penjara seumur hidup Morsi

KAHERAH, 23 Nov. – Mahkamah Rayuan Tertinggi Mesir membatalkan satu daripada dua hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas bekas Presiden Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, semalam. Menurut sumber kehakiman dan peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maqsoud, hukuman terhadap beberapa pegawai pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang dibicarakan bersama beliau juga dibatalkan pihak mahkamah. Memetik laporan berita antarabangsa, […]
TH nafi ringgit Malaysia tak diterima di Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Makkah dan Madinah, Arab Saudi. TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan penggurup wang di dua […]
Polis syariah tidak langgar perundangan

Pakaian seragam tiada unsur militan, menakutkan BERLIN 22 Nov. – Mahkamah Jerman memutuskan tujuh lelaki Islam yang didakwa menubuhkan sebuah ‘kumpulan peronda syariah’, tidak melanggar undang-undang berkaitan ‘pakaian seragam politik’. Lapor BBC.com, kumpulan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai di bandar Wuppertal pada 2014, apabila mereka menghampiri orang ramai dengan berpakaian seragam […]
Kerajaan sediakan ruang 300 pelarian Rohingya bekerja

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerajaan sedang dalam proses melaksanakan projek perintis bagi memberi kebenaran kepada 300 pelarian etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk bekerja di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan […]
Program bersama TLDM diteruskan

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan meneruskan program kolaborasi bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menyemarakkan lagi kegiatan dakwah melibatkan anggota dan ahli keluarga TLDM. Yang Dipertua Yadim. Dr. Yusri Mohamad berkata, sehingga kini sebanyak dua program Program Dakwah Merentasi Samudera telah diadakan iaitu di Lumut, Perak dan Tanjung Pengelih, Johor. […]
Majlis Zikir Perdana

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Johor dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini telah mengadakan kerajasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertma) menganjurkan Majlis Zikir Perdana bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, pada 10 November lalu. Program telah dimulakan pada […]
YADIM iktiraf MDN gerak usaha dakwah perpaduan

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) diberi kuasa autonomi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggerakkan usaha dakwah, termasuk membina jalinan perpaduan masyarakat. Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad, berkata MDN boleh menggerakkan badan itu mewakili umat Islam khususnya di Kelantan sebagai suara ketiga atau kumpulan pendesak yang tidak bersifat politik. […]
Jangan biarkan perpaduan Melayu retak – MDN

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) mahukan organisasi dalam masyarakat bertindak menghentikan segera perbalahan besar dalam kalangan orang Melayu yang retak akibat perbezaan fahaman politik. Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata pihaknya kecewa dengan perpecahan yang semakin melebar, khususnya dalam masyarakat Melayu akibat perbalahan politik itu dan boleh […]
MDN Kelantan tubuh Majlis Pemuafakatan Ilmu, Profesional

PASIR PUTEH 19 Nov. : Majlis Dakwah Negara (MDN) Kelantan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Ilmuan dan Profesional Kelantan serta lima jawatankuasa kerja pembangunan masyarakat. Pesuruhjaya MDN Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamat, berkata majlis berkenaan menghimpunkan kepakaran anak Kelantan dalam pelbagai bidang yang ada di dalam dan luar negeri ini. Beliau berkata, menerusi majlis itu idea […]