Home » Langit Terbuka » Ucapan Perdana Menteri tarik perhatian, sentuh masa depan ummah

Ucapan Perdana Menteri tarik perhatian, sentuh masa depan ummah

Perdana Menteri ketika berucap dan berkongsi pandangan bersama para ulama serta sarjana Islam di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC). - Kredit Page Senator Dr. Zulkifli Hasan

BAHRAIN  – Ucaptama oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) di sini, menarik perhatian ratusan ulama dari seluruh dunia yang hadir.

Beliau menyentuh tentang mengenai masa depan ummah, keperluan menghentikan isu perbezaan aliran dan manhaj termasuk peri pentingnya untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dan mendesak seperti perkembangan dunia teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Peralihan Tenaga (Energy Transition).

Datuk Seri Anwar juga menyebut sejarah Islam La Convivencia di Andalus yang mewujudkan kehidupan bersama secara aman serta meraikan kepelbagaian dalam membina tamadun.

Turut dibangkitkan ialah isu kemanusiaan dan ummah, khususnya berkenaan Palestin.

Beliau diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara yang dijemput berucap dalam persidangan ini, di hadapan ratusan alim ulama dunia yang berhimpun di sini.

Walaupun bukan seorang yang bergelar ulama, namun para ulama bertaraf dunia memberikan penghormatan yang tinggi kepada beliau.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan juga bersama YAB Perdana Menteri di Bahrain. – Kredit Page Senator Dr. Zulkifli Hasan

Sebelum itu,  Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar, Dr. Ahmed Al Tayeb menyampaikan Ucapan selaku Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin.

Kredit : – Page Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *