Home » Langit Terbuka » Ucapan Tahniah Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

Ucapan Tahniah Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI)

Ahli PISWI yang mnerima watikah perlantikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR – YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) yang menerima watikah perlantikan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mujahid Rawa pada 11 September, bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

MAWAR percaya barisan panel yang dilantik mampu menangani dan menyuarakan isu berkaitan wanita Islam kepada pihak-pihak pembuat dasar dan polisi sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Semoga MAWAR-YADIM boleh bekerjasama dengan PISWI untuk kemajuan wanita Malaysia dan wanita Islam khususnya.

MAWAR ditubuhkan YADIM bertujuan untuk menyatupadukan para intelek wanita dari sudut tenaga, idea dan kepakaran kaum wanita dalam pelbagai disiplin keilmuan yang di gembeling secara kolektif bagi memartabat dan menggerakkan potensi serta keprihatinan mereka untuk pembangunan ummah dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan.

#mawaryadim
#piswi
#wanitaislam

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *