Home » Langit Terbuka » Visa palsu Haji dan Umrah : Syarikat dan ejen tidak berintegriti diberi amaran keras

Visa palsu Haji dan Umrah : Syarikat dan ejen tidak berintegriti diberi amaran keras

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) memberitahu, setakat ini hanya 22 ejen sah dilantik bagi urusan haji dan umrah. - Foto FB

BANGI – Syarikat serta ejen yang menjalankan sindiket penipuan dengan menawarkan visa palsu bagi pakej pelancongan haji dan umrah sekali lagi diberi amaran keras.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh berkata, setiap aduan yang diterima akan diteliti bagi mengenalpasti syarikat pengendali haji dan umrah yang tidak berintegriti.

Beliau menambah, setakat ini, hanya 22 ejen sah dilantik bagi urusan haji dan umrah.

Terdahulu, Fuziah menyempurnakan Majlis Muafakat Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM bersama NGO wanita Islam di Bangi.

Majlis dihadiri 170 peserta mewakili 80 NGO wanita islam sekitar Selangor termasuk wakil NGO wanita Islam dari Filipina.

Majlis bertujuan menggembleng idea dan kepakaran wanita sebagai pembangun ummah dari pelbagai aspek. – RTM

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *