Home » Citra Yadim » UKM jemput YADIM sebagai penasihat Fakulti Pengajian Islam UKM

UKM jemput YADIM sebagai penasihat Fakulti Pengajian Islam UKM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput menjadi ahli dalam Badan Penasihat Fakulti Pengajian Islam (FPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jemputan berkenaan disampaikan oleh Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) FPI, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman yang hadir ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini bersama Dr Ahmad Irdha Mokhtar, dari Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.

“Dalam mesyuarat pengurusan fakulti sebelum ini, kami setuju untuk melantik Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai ahli Badan Penasihat FPI.

“Antara yang kita harap dapat diperolehi ialah agar YADIM nanti akan lihat dan beri pandangan mengenai kurikulum pengajian di FPI,” kata beliau.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Muhamad Razak bin Idris, serta Pengarah Kanan di pejabat Yang Dipertua, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.

Mengulas lanjut mengenai jemputan sebagai ahli badan penasihat tersebut, Azmul Fahimi menjelaskan, seramai 7 orang telah dipilih sebagai ahli dalam badan penasihat berkenaan, yang terdiri dari beberapa bidang seperti perbankan Islam, kesenian, penulisan, akademik dan sebagainya.

“Keahliannya pelbagai, kerana bidang pengajian Islam sekarang tidak boleh jumud dan terus berada dalam kerangka yang lama. Ia hendaklah turut serta dan berubah dalam perubahan dunia sekarang.

“Ia nanti bagi membolehkan para pelajar lebih diterima dalam pasaran, supaya dalam bidang kerja nanti pilihannya lebih luas, termasuk dalam bidang keusahawanan” jelas beliau.

Fakulti Pengajian Islam ditubuhkan pada 1970 dan merupakan antara yang terawal di UKM bersama Fakulti Sains dan Fakulti Sains Sosial. Ia kini menawarkan lima program pengajian iaitu Usulluddin Falsafah, Syariah, Dakwah Kepimpinan, Pengajian Arab Tamadun Islam serta Pengajian AL Quran dan Sunnah.

Nik Omar sementara itu.memberikan reaksi positif terhadap tawaran yang dikemukakan oleh UKM kepada YADIM itu.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *