Home » Langit Terbuka » Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) pada Majlis Perasmian Majlis Ulama Asia 2024 di Kuala Lumpur. - Foto BH/SADIQ SANI

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat ke jalan yang benar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu juga secara aktif menentang ideologi ekstremis dan memupuk perpaduan sosial melalui dialog serta kerjasama antara pelbagai kumpulan.

“Libat urus dengan pembuat dasar penting bagi memastikan dasar yang dirangka berasaskan nilai Islam yang sederhana, bertujuan untuk keterangkuman dan masyarakat yang saksama.

“Mari kita teruskan komitmen untuk menegakkan nilai belas kasihan, toleransi, dan empati dalam semua interaksi, yang berperanan sebagai contoh impak positif daripada dialog serta kerjasama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ulama Asia 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ahmad Zahid berkata, dalam konteks Malaysia, kerajaan komited untuk membangunkan Malaysia MADANI, memastikan kestabilan melalui nilai dan

perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai, berdasarkan kemampanan, belas kasihan, penghormatan, inovasi, kemakmuran serta amanah.

Katanya, nilai itu bukan hanya untuk rakyat Malaysia tetapi aspirasi universal untuk keamanan dan keharmonian.

“Perpaduan dalam kalangan negara harus sehingga ke luar sempadan. Ukhwah Islamiyah melangkaui sempadan, merangkumi perkauman dan perbezaan budaya tanpa diskriminasi berdasarkan warna kulit atau bahasa.

“Pelan tindakan serantau penting untuk menggalakkan perpaduan dan memerangi kezaliman, penindasan serta kebencian,” katanya.

Majlis Ulama Asia 2024, anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam, Arab Saudi bertujuan memupuk perpaduan dan nilai murni serta menghormati perbezaan pelbagai dimensi dari sudut berdasarkan teras MADANI, teologi dan sosiologi.

Persidangan dengan tema ‘Perpaduan’ yang diadakan sehari selepas Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia 2024 itu dihadiri 200 peserta, terdiri daripada ulama Islam dari negara Asia.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *