Home » Langit Terbuka » Ulama Jordan, Syeikh Muhammad Naim Yasin Meninggal Dunia

Ulama Jordan, Syeikh Muhammad Naim Yasin Meninggal Dunia

Almarhum Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin merupakan ulama fiqh kontemporari antaranya berkaitan akidah, perubatan dan zakat serta terkenal di peringkat antarabangsa. - Foto Siakap Keli

KUALA LUMPUR –  Ilmuan Fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan meninggal dunia, selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Khabar duka itu dikongsikan di laman rasmi Facebooknya yang memaklumkan bahawa almarhum kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang malam semalam.

“Khabar gembira kepada kamu, nafasnya yang terakhir keluar seperti angin lembut. Dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum dan bercahaya”, maklum keluarganya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, solat jenazah dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar (waktu tempatan).

Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin memiliki dua ijazah sarjana muda iaitu bidang syariah dan undang-undang yang dari Universiti Damsyik, Syria.

Beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) dan undang-undang di Universiti Kaherah, Mesir.

Beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor (PhD) dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) di Universiti Al Azhar, Mesir.

Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin merupakan ulama fiqh kontemporari antaranya berkaitan akidah, perubatan dan zakat serta terkenal di peringkat antarabangsa. Antara karya ilmiahnya yang terkenal ialah kitab Al-Iman. – AlHijrah Online

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *