Home » Langit Terbuka » Ulama terkemuka Hamas, Dr Wael Al-Zard antara terkorban di Gaza

Ulama terkemuka Hamas, Dr Wael Al-Zard antara terkorban di Gaza

Dr Wael Al-Zard. FOTO Agensi

Gaza: Ulama terkemuka Hamas, Dr Wael Al-Zard adalah antara yang terkorban selepas serangan udara Zionis Israel mengebom kawasan kediaman termasuk mengenai rumahnya di Gaza City pada Jumaat lalu.

Portal berita Khabarni melaporkan pendakwah yang memperoleh ijazah sarjana dalam sains hadis pada 2001, dan kemudian ijazah kedoktoran dari Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir itu meninggal dunia di hospital pada Isnin selepas dua hari dirawat di unit rawatan rapi.

Al-Zard terkenal dengan kepimpinannya di Masjid Grand Omari di Gaza City dan Masjid Al-Mahatta di kawasan kejiranan Daraj, dan dia sangat dikenali dengan khutbah jihadnya.

Beberapa minggu sebelum syahid, anaknya Baraa turut terkorban selepas terkena peluru berpandu yang dilepaskan rejim tentera ketika bersama-sama yang lain di pagar keselamatan di timur Gaza.

Allahyarham yang berusia 51 tahun dan dilahirkan pada 24 Disember 1972 itu mempunyai lapan orang anak.

Al-Zard bekerja sebagai pensyarah universiti di Kolej Universiti Sains Gunaan Gaza, sebelum ini bekerja di Universiti Terbuka Al-Quds dan Universiti Islam Gaza.

Selain Al-Zard, seorang ahli Majlis Syura pergerakan Hamas iaitu Osama Al-Muzaini juga antara yang mati syahid dalam operasi pengeboman tidak berkemanusiaan oleh rejim Zionis.

Semenanjung Gaza adalah sebuah jalur pantai kecil yang tersepit di antara negara haram Israel di utara dan timur serta Mesir di barat daya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *