Home » Langit Terbuka » Ulama tersohor meninggal dunia

Ulama tersohor meninggal dunia

Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha, dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru berfungsi pagi kelmarin - Berita Harian

SEREMBAN – Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, di sini, semalam.

Anak saudaranya, Mohd Tariq Mohd Kamal berkata, ulama tersohor itu meninggal dunia jam 5.30 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Columbia di Oakland, di sini jam 4 petang.

Katanya, Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha, dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru berfungsi pagi kelmarin.

“Allahyarham dibenarkan keluar hospital sebelum dibawa ke rumah ibunya, Allahyarhamah Esah Abdul Wahab di Kampung Pondok Rasah, namun kami mendapat berita sedih apabila beliau disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mohd Tariq berkata, bapa saudaranya mengidap sakit tua sejak setahun lalu dan jenazah akan disembahyangkan hari ini.

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said selepas Zohor,” katanya.

Menurut Mohd Tariq, Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *