Home » Langit Terbuka » Nombor siri buktikan misil tembak jatuh MH17 milik Ukraine

Nombor siri buktikan misil tembak jatuh MH17 milik Ukraine

RT.com melaporkan nombor siri tertera pada enjin dan muncung misil. Penyiasat menjumpai nombor siri itu pada serpihan misil BUK

PETALING JAYA – Nombor siri misil yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menunjukkan ia milik Ukraine, lapor sebuah portal berita Rusia.

RT.com melaporkan nombor siri itu tertera pada enjin dan muncung misil. Penyiasat menjumpai nombor siri itu pada serpihan misil BUK.

Jeneral Nikolay Parshin memberitahu wartawan, jejak dokumen misil BUK itu menunjukkan ia dihasilkan di sebuah kilang ketenteraan di Dolgoprudny pada 1986. Misil itu kemudiannya dihantar ke sebuah unit tentera yang terletak di Ukraine.

“Bukti itu menyangkal dakwaan Ukraine dan sesetengah pihak yang mendakwa satu misil dilepaskan dari sebuah pelancar yang dihantar dari Rusia secara sulit, bertanggungjawab menembak jatuh MH17, menurut laporan Kementerian Pertahanan,” lapor RT.com.

Mei lalu, pendakwa raya yang menyiasat kes MH17 berkata, mereka mengenal pasti misil yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine pada 2014, datang daripada pasukan tentera Rusia.

Reuters melaporkan Ketua Jabatan Jenayah Polis Belanda, Wilbert Paulissen berkata, misil itu dilancarkan Briged Anti-pesawat Rusia ke-53.

Tetapi, Rusia menafikan pembabitannya dalam nahas itu.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terkorban selepas ia ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai 2014. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *