Umat Islam harus sentiasa peka

0
240
Perhimpunan aman isu kalimah Allah mendapat sokongan padu daripada pelbagai peringkat masyarakat Islam

Putrajaya 10 September – Perhimpunan aman isu Kalimah Allah yang telah berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai peringkat masyarakat. Dianggarkan hampir 1,000 orang yang hadir memberikan sokongan. Antara NGO Islam dan agensi agama yang hadir ialah YADIM, PERKASA, PEMBELA, PERKID, ISMA, MAIS DAN MAIWP.

Mereka tiba seawal pukul 8 pagi di perkarangan mahkamah dan mula membacakan selawat dan berdoa supaya keputusan rayuan kali kedua ini akan berpihak kepada kerajaan.

“Isu ini bukan isu kecil. Kalimah Allah adalah hak Islam dan agama lain wajib menghormati Islam sebagai agama yang telah diisytihar sebagai agama rasmi Persekutuan. Kita tidak mahu Malaysia ini menjadi seperti pihak Kristian di Indonesia yang sewenang-wenangnya mempergunakan kalimah Allah di gereja-gereja mereka. Akibatnya, masyarakat Indonesia semakin keliru dengan pegangan akidah mereka dan dengan mudah menjerumuskan diri mereka dengan dakyah Kristian,” ujar Kapten Shamsudin Moner, Pengurus Besar Operasi YADIM ketika ditemui semalam.

- advertisement -

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana kebanjiran umat Islam seluruh negara yang sanggup turun menyokong perbicaraan ini. Kita mahu umat Islam Malaysia terus peka dan mengambil berat tentang isu yang melibatkan agama Islam. Kepekaan itu seharusnya berterusan dan tidak hanya bersifat sementara.

“Marilah kita bermunajat kepada Allah agar kemenangan berpihak kepada Islam.”

Keputusan rayuan ditangguhkan hingga bulan Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here