Home » Panduan Ibadah » Sunnah tidur Rasulullah

Sunnah tidur Rasulullah

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1.   Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2.   Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke kiblat. Keadaan sebegitu hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3.   Sesiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

                                                               Subahanallah 33 kali

                                                               Alhamdulillah 33 kali

                                                               Allahuakbar 33 kali

4.   Membaca  4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5.   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Solat tahajud adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.

6.   Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7.   Memaafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8.  Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

 

 
 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *