Home » Langit Terbuka » Umat Islam mula puasa esok

Umat Islam mula puasa esok

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. - Foto MyNewsHub

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Selasa 13 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 12 April, bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *