Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan santuni asnaf di Kampung Pulau Sa

YADIM Kelantan santuni asnaf di Kampung Pulau Sa

PASIR PUTEH – Ziarah prihatin asnaf Yayasa Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan poada 13 April ke Kampung Pulau Sa, Gaal.

Sebanyak enam keluarga yang terdiri daripada ibu tunggal dan sakit terlantar telah diziarahi. Sumbangan berupa bekalan makanan asas,roti dan buah kurma telah diserahkan kepada keluarga yang terlibat.

Kurma adalah sumbangan dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal manakala roti pula disumbangkan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

Hadir menyampaikan sumbangan adalah ADUN Gaal Yang Berhormat Ust Mohd Rodzi Jaafar.

Mewakili YADIM Kelantan adalah pengarahnya Ustaz Mahadi Awang. Turut hadir dua ahli Sukarelawan YADIM Pasir Puteh. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *