Home » Citra Yadim » YADIM dan rakan NGO santuni asnaf Tampin

YADIM dan rakan NGO santuni asnaf Tampin

TAMPIN – Seramai 54 orang asnaf di sekitar bandar Tampin menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 11 April lalu.

Tujuan pemberian sumbangan kit makanan ini adalah bagi berkongsi rezeki dalam menyambut kedatangan Ramadan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama  Sukarelawan Al Baasith dan  Jabatan Penerangan Daerah Tampin.

Jabatan Penerangan Daerah Tampin turut mengambil kesempatan mengadakan kempen pendaftaran vaksin untuk memudahkan masyarakat bandar ini mendapatkan kemudahan berkenaan.

Pada hari yang sama, para peserta program turut menyantuni seorang mangsa kebakaran, Zaliah Yahya, 58 tahun di Repah, Tampin. Semoga sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan dapat memberi kelegaan kepada keluarganya.

Turut disantuni pada 11 April ialah dua keluarga di Projek Perumahan Rakyat Paroi. Salah seorang daripadanya baru sahaja kehilangan anaknya. Maklumat berkenaan turut diambil untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *