Home » Wacana » Umat Islam terus diuji

Umat Islam terus diuji

sumber
sumber

Isu yang melanda umat Islam di negara kita ini masih berlangsung walaupun tanpa kerelaan kita. Umat Islam diuji dan dicabar oleh golongan yang melihat Islam sebagai ancaman terbesar dalam hidup mereka. Mereka berleluasa menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menganggap suara mereka harus dilayan.

Dari mana puncanya mereka begitu berani menyangkal perkara-perkara yang sudah termaktub dalam peraturan dan undang-undang Malaysia dan Islam?

Rasa runsing perlu ada dalam diri setiap umat Islam hari ini kerana golongan ini masih terus mempertikaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan Malaysia. Kita menjawab kepada mereka tetapi mereka masih tetap berani kerana menganggap tiada kesatuan yang jitu antara Melayu Islam di Malaysia dewasa ini. Hanya berani menjawab di kedai-kedai kopi dan menjadi keyboard warrior yang hanya berbunyi sewaktu isu itu panas berlaku sahaja. Tiada kelangsungan dalam setiap perdebatan tersebut.

Antara isu terkini yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam adalah tuduhan Eric Paulsen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendakwa JAKIM mempromosi ekstremisme dalam khutbah setiap Jumaat di twitternya. Tidak pasti dari sudut mana Eric dengan berani menyanggah ibadah khusus yang wajib dilaksanakan kaum lelaki Islam setiap Jumaat iaitu mendengar khutbah sebelum solat Jumaat.

Hairannya, mengapa terlalu ramai sekarang yang semakin berani mempertikaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan ritual ibadah umat Islam? Atas alasan apa mereka berasa tidak berpuas hati? Fahamkah Paulsen dengan peranan JAKIM sebagai badan penyelaras hal ehwal agama Islam di Malaysia sehingga dituduh mempromosi ekstremisme?

Adakah pada kotak pemikiran beliau, ketika khutbah Jumaat itu para jemaah diseru supaya melakukan ektremisme dalam konteks keganasan? Kenapa tidak ditelah isi kandungan tesebut sebelum memuatnaik sebarang status berunsur provokatif?

Begitu juga, dengan tindakan Jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin berkaitan isu hudud. Beliau tanpa rasa bersalah membuat kenyataan yang golongan pedofil dikhuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu.

Beliau mengakui bahawa beliau memahami mengenai undang-undang hudud sedangkan secara jelas kita dapat melihat bahawa pemahaman beliau itu hanya mengikut pemahaman sendiri dan bersifat liberal.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang terkemuka sepatutnya terdiri daripada orang-orang yang bijak, tetapi kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin yang menolak hudud menunjukkan hal yang sebaliknya.

Datuk Noor Farida Ariffin dilihat tidak jelas dengan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sepatutnya beliau mengambil keputusan bertemu dengan mana-mana pegawai kerajaan negeri Kelantan sebelum membuat kenyataan seperti itu.

Isu lain, tindakan rasis seorang lelaki Cina mengotori Masjid Telaga Air di Butterworth juga menunjukkan ada rasa ketidakpuasan hati di kalangan bukan terhadap Islam. Kita tidak pasti apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah kerana dia merasakan bahawa azan itu mengganggu kehidupannya ataupun ada seseorang di dalam masjid pada ketika itu membuatkan dia marah lantas mengambil tindakan sedemikian?

Hakikatnya masih banyak lagi isu yang sengaja dibangkitkan yang mungkin tidak menerima liputan media. Kita bimbang jika situasi ini berterusan, makin rancak provokasi yang dilemparkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang melihat Islam sebagai satu ancaman di negara ini.

Dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini, Islam bukan sahaja diserang oleh orang bukan Islam. Malah, orang Islam sendiri yang mendakwa diri mereka bijak tetapi menyangkal perkara-perkara yang mereka tidak arif di dalam bidang tersebut. Dan sayangnya, kenyataan mereka ini diterima oleh pihak yang sama angkatan dengan mereka.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *