Home » Langit Terbuka » Umat Islam usah jadi pemecah-belah, cetus provokasi – Mohd. Na’im

Umat Islam usah jadi pemecah-belah, cetus provokasi – Mohd. Na’im

MOHD NA'IM MOKHTAR

PUTRAJAYA: Umat Islam perlu menjadi qudwah (ikutan baik), menyerlahkan sifat rahmah serta menghilangkan syak wasangka dalam hidup bermasyarakat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ini termasuk menterjermahkan aplikasi Fiqh Taáyush dalam kehidupan seharian, agar keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dapat terus disuburkan.

Beliau turut menyeru agar umat Islam tidak usah menjadi pemecah-belah yang memporak- perandakan, umpama api dalam sekam, mencetus provokasi dan menyebar fitnah.

“Sebaliknya kita semua perlu membawa watak pendamai yang menyeru kasih sayang serta menyatu kesatuan ummah,” katanya ketika menyampaikan amanat pada program Ambang Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan di Masjid Putra, di sini malam ini.

Mohd. Na’im berkata, tema ‘Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang diangkat menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini amat penting sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh kesatuan hati serta jati diri.

Katanya, negara Malaysia sungguh bertuah sebagai sebuah negara yang bersifat majmuk dengan kepelbagaian agama, bangsa dan adat budaya sejak turun temurun lamanya.

Katanya, masyarakat hidup penuh kerukunan, aman damai, saling bekerjasama, berkasih mesra dan hormat menghormati sesama tetangga.

” Sifat dan sikap seperti inilah yang perlu dipertahankan sampai bila-bila.

“Ayuh bersama memperbaharui tekad dan azam, sepertimana seruan al-Quran untuk memperkukuh ikatan persaudaraan, demi membangunkan watan, kerana cinta dan sayang kita kepada tanah air tercinta,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *