Home » Langit Terbuka » Ummah kemuka tujuh tuntutan PRU-14

Ummah kemuka tujuh tuntutan PRU-14

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya.

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mengemukakan tujuh tuntutan kepada semua parti politik yang diterajui oleh orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, ia dilakukan bertujuan untuk menjamin kedaulatan Islam sebagai agama rasmi dan hak ketuanan Melayu.

“Tujuh tuntutan Ummah ini merupakan hasil perbincangan melalui Konvensyen Kebangkitan Ummah yang telah berlangsung pada 13 Januari lalu.

“Antara perkara yang dinyatakan adalah tanah rizab dan hak Islam Melayu, pendidikan, ekonomi dan belia,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan dokumem tuntutan berkenaan secara tertutup kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung Pas, dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohamad dan Setiausaha Agungnya, Mansor Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *