Home » Langit Terbuka » UniMAP pasang panel solar di surau

UniMAP pasang panel solar di surau

Program Kayuhan Limpahan Kasih UniMAP, yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP. Foto : Berita Harian

PADANG BESAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya apabila menyumbangkan panel solar di surau Kampung Balik Guar, Chuping, di sini, hari ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata sebagai sebuah universiti di Perlis, UniMAP bertanggungjawab untuk berkongsi segala ilmu dan teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan bersama masyarakat setempat.

“Selain bertemu masyarakat desa, program memasyarakatkan teknologi diadakan dengan memasang panel solar adalah bukti semangat setiakawan yang lama wujud di antara masyarakat Perlis dan UniMAP.

“Oleh itu sebagai permulaan, kita memilih surau Kampung Balik Guar, Chuping untuk dipasang panel solar daripada UniMAP,” katanya ketika berucap pada penutupan Program Kayuhan Limpahan Kasih UniMAP, yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Zul Azhar berkata, teknologi panel solar dipilih kerana ia ada banyak kebaikan seperti mesra alam serta sumber tenaga boleh baharu yang paling berpotensi untuk menjana elektrik bagi rumah kediaman.

“Tenaga solar amat sesuai diletakkan di pusat pemindahan banjir sebagai satu alternatif bekalan elektrik sekiranya pencawang elektrik ditenggelami air sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

“Pemilihan surau juga bertepatan kerana kawasannya yang strategik dan luas akan memudahkan orang ramai berkumpul apabila berlaku kecemasan,” katanya.

Selain penyerahan panel solar, turut diadakan gotong-royong mengecat surau dan kenduri rakyat bersama masyarakat Kampung Balik Guar. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *