Home » Langit Terbuka » UNIMAS dinobatkan antara universiti terbaik dunia

UNIMAS dinobatkan antara universiti terbaik dunia

UNIMAS berada pada kedudukan 301 terbaik dunia, kata Naib Canselornya. - Foto UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dinobatkan antara 1001 universiti terbaik dunia mengikut Times Higher Education, World University Ranking, tahun lalu.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohmad Kadim Suaidi, berkata di peringkat kebangsaan, UNIMAS kini berada dalam kelompok 11 universiti terbaik Malaysia dan Universiti Terbaik di Pulau Borneo.

“Lebih manis lagi, Times Higher Education juga mengumumkan subjek Kejuruteraan dan Teknologi serta Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS berada pada ranking 801 dan 501 terbaik dunia.

“UNIMAS turut berada pada kedudukan 301 terbaik dunia dalam Young World University Rankings, dan 201 terbaik dunia dalam University Impact Rankings,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Cemerlang UNIMAS (MAGU) 2019 di arena gemilang di DeTAR Putra, di sini paa 5 Mac.

MAGU yang diadakan sejak 2010 adalah untuk meraikan penerima Anugerah Kecemerlangan bagi 2019, dalam bidang akademik, pengurusan mahupun perkhidmatan serta meraikan pesara dan bakal pesara UNIMAS. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *