Home » Langit Terbuka » Universiti awam di Afghanistan dibuka semula

Universiti awam di Afghanistan dibuka semula

Menteri Pendidikan Afghanistan berkata, universiti awam di negara itu termasuk Universiti Kabul akan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki bermula 26 Februari depan. - Foto New York Post

KABUL – Taliban mengesahkan kesemua universiti awam dibuka semula kepada pelajar perempuan di enam daripada 34 wilayah Afghanistan.

 

Langkah tersebut dilihat sebagai perjanjian utama kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran baharu Taliban.

 

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu, masyarakat antrabangsa sedang memerhati sama ada Taliban mampu mengubah cara pentadbiran atau terus mengekalkan corak pentadbiran lama yang melarang wanita terlibat dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.

 

Kementerian Kebudayaan dan Penerangan berkata, universiti awam di wilayah Nangarhar dan Kandahar kini dibuka untuk pelajar perempuan.

 

Namun, ia dilakukan secara berperingkat dan dimulakan hanya untuk pelajar lelaki sebelum diikuti wanita.

 

Terdahulu, jurucakap kepada kementerian Pendidikan Tinggi, Ahmad Taqqi berkata universiti awam turut dibuka kepada wanita di empat lagi wilayah – Helmand, Farah, Nimroz dan Laghman.

 

Awal minggu lalu, Abdul Haqqani yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan berkata, universiti awam di Afghanistan termasuk Universiti Kabul akan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki bermula 26 Februari depan.

 

Semua tenaga pengajar dan pegawai dinasihatkan untuk menumpukan perhatian kepada tanggungjawab selain menyediakan kemudahan yang diperlukan kepada pelajar,” katanya menerusi klip video.

 

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik pengumuman berkenaan dan menyifatkan pendidikan merupakan sesuatu penting kepada rakyat Afghanistan.

 

Malah, menegaskan setiap individu berhak mempunyai pendidikan sempurna.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *