Universiti awam di Afghanistan dibuka semula

KABUL – Taliban mengesahkan kesemua universiti awam dibuka semula kepada pelajar perempuan di enam daripada 34 wilayah Afghanistan.   Langkah tersebut dilihat sebagai perjanjian utama kepada tuntutan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat perubahan dalam pentadbiran baharu Taliban.   Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu, masyarakat antrabangsa sedang memerhati sama ada Taliban mampu mengubah […]

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah setaraf universiti

KUANTAN – Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) diiktiraf sebagai sebuah universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penganugerahan taraf sebagai universiti penuh itu diharap akan meningkatkan lagi hasil penyelidikan dan kualiti graduan sehingga universiti itu menjadi institusi pengajian tinggi yang ulung. Katanya, universiti itu […]

Sudut al-Quran di universiti awam bakal diwujudkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam seluruh negara bagi memupuk semangat untuk mendalami kitab suci tersebut. Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau berharap agar semangat tersebut akan dapat membentuk ekosistem yang Islamik di institusi pengajian tinggi. “Sumbangan al-Quran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan diserahkan kepada 20 […]

Penubuhan Universiti Al Quran sedang dikaji dengan serius

KUALA LUMPUR – Cadangan menaik taraf Darul Quran milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Universiti Al-Quran disambut baik kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketika ini kerajaan sedang mengkaji dengan serius penubuhan Universiti Al-Quran tersebut. “Yang Berhormat Dungun mencadangkan agar kerajaan menaik taraf Darul […]

SOP ketat masjid, Datuk Badli Shah rayu ahli akademik buat kajian

KUALA LUMPUR – Cerdik pandai dan ahli akademik institut pengajian tinggi (IPT) mahupun Pusat Kajian Perubatan di negara ini membuat kajian khusus berkenaan keabsahan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat di masjid pada masa ini. Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac […]

11 IPT, institusi pondok tandatangani MoU dengan YADIM.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 institusi pengajian tinggi dan satu institusi pondok menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 September. Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr Noraini Ahmad dalam satu majlis di sini. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua […]

RM16,450 sebagai bantuan untuk RSY

PUTRAJAYA – Bantuan wang tunai berjumlah RM16,450 telah diagihkan kepada seramai 329 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY). Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, penerima bantuan berkenaan meliputi pelajar dari 23 Institusi Pengajian Tinggi termasuk politeknik di seluruh negara. Menurutnya, sumbangan tersebut diserahkan kepada ahli ahli RSY yang dikenalpasti terkesan […]

Usaha perkenal konsep Rahmatan Lil Alamin di peringkat dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengorak langkah mempromosi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa melalui pembabitan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ini akan dilakukan dengan sesi libat urus di beberapa universiti terkenal antarabangsa. Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri […]

Kunjung hormat kepada Gabenor Narathiwat

NARATHIWAT – Hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menjalin kerjasama di wilayah ini mendapat reaksi positif pihak berkuasanya. Gabenor Narathiwat Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen berkata pihaknya membuka ruang kerjasama terutamanya dalam pembangunan modal insan masyarakat di wilayah berkenaan. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi YADIM di pejabatnya pada 5 September. Mewakili […]

Pendidikan percuma untuk asnaf, OKU seawal 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi untuk golongan memerlukan seawalnya tahun depan. Menurut jawapan parlimen bertarikh 3 Julai, Kementerian Pendidikan akan memulakan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam untuk sebilangan orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf yang akan dikenal pasti. “Terkini, Kementerian Pendidikan sedang melihat keupayaan […]