Home » Analitis » Usah sensasikan perceraian

Usah sensasikan perceraian

SEJAK akhir-akhir ini satupersatu berita perceraian artis-artis dan orang ternama dilaporkan media massa. Kadangkala terasa seolah-olah berada dalam musim perceraian pula apabila melihat cara media massa saling berlumba lumba membuat pendedahan mengenainya.

Dalam media mensensasikan kisah-kisah perceraian pelbagai lapisan golongan masyarakat ini, tanpa disedari fikrah masyarakat mengenai perkahwinan semakin dicelarukan.

Satu ketika media begitu taksub melapor berita-berita kehebatan perkahwinan artisartis dan golongan bangsawan. Sehinggakan perkahwinan seolaholah ditanggapi sebagai suatu wahana menonjolkan kemewahan dan kekayaan diri.

Maka masing-masing berlumba-lumba memperagakan harga mas kahwin, nilai hantaran hatta dalam aspek penganjuran majlis-majlis walimah yang begitu gah dengan pelbagai tema dan konsep. Malah majlis-majlis
perkahwinan artis juga sudah menjadi bahan komersil dengan tajaan berjuta ringgit hingga rakyat pun terikut-ikut dibuai fantasi.

Lebih menggusarkan penulis, apabila makna dan falsafah perkahwinan sendiri semakin disongsangkan seolah-olah kebahagiaan dalam perkahwinan hanya mampu terjelma apabila pasangan merupakan golongan hartawan atau model rupawan.

Persoalannya apakah sebenarnya matlamat dan falsafah perkahwinan menurut Islam? Adakah kayu ukur kebahagiaan dalam perkahwinan tergantung pada kekayaan dan kejelitaan rupa paras semata-mata? Atau apakah sesuatu perkahwinan itu sekadar memenuhi serakah nafsu manusiawi yang tidak mempunyai makna apa-apa?

Yang pasti kayu ukur kebahagiaan perkahwinan bukan terletak pada ketampanan, kejelitaan atau kekayaan dan keberadaan pasangan sahaja.

Sebaliknya prinsip dan nilainilai keagamaanlah seharusnya mendasari perhitungan dan menerasi cita rasa umat dalam membentuk perkahwinan sempurna dan penuh barakah.

Rasulullah SAW dengan jelas melarang pasangan berkahwin tanpa memperhitung faktor agama. “Janganlah kamu mengahwini perempuan sematamata kerana kejelitaannya, kerana mungkin ia akan membawa mereka kepada keburukan. Dan jangan kerana kekayaannya, kerana mungkin ia akan mendorong mereka kepada kezaliman. Sebaliknya kahwinilah perempuan kerana agamanya” (Ibn Majah).

Hadis ini bukanlah bermakna Rasulullah mengharamkan berkahwin dengan pasangan yang tampan dan jelita. Ia bukan juga bermaksud Islam lebih memperhitungkan perkahwinan dengan pasangan yang papa kedana. Bahkan dalam hadis yang lain kecantikan dan kekayaan juga merupakan sebahagian daripada empat faktor yang perlu diambil kira selain agama dan keturunan dalam memilih pasangan hidup.

Namun faktor agamalah lebih utama berbanding keutamaan lain dalam perkahwinan. Ini sejajar dengan maqasid atau matlamat perkahwinan iaitu untuk mencapai kerahmatan dan keberkatan ALLAH sebagaimana disebut Surah Ar-Rum ayat 21:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

Ulama mendefinisikan barakah sebagai nikmat ALLAH yang dikurniakan dalam dua bentuk. Pertama as-Sa’adah iaitu nilai kebahagiaan hakiki yang mampu menatijahkan ketenteraman jiwa, keharmonian rumah tangga dan sikap
bekerjasama hingga tersemai rasa ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah) di antara suami isteri.

Kedua, ialah az-Ziadah iaitu penambahan nikmat berterusan oleh ALLAH, hinggakan tidak pernah timbul perasaan tidak cukup atas segala rezeki pemberian ALLAH kepadanya.

Inilah hakikat sebenar falsafah perkahwinan yang sememangnya menjadi antara matlamat terpenting sebagaimana digariskan syarak atau disebut sebagai Maqasid as-Syariah dalam aspek perkahwinan. Justeru, sudah tiba masanya media massa mengetengahkan elemen-elemen positif dalam masyarakat dan mendidik minda umat agar menghayati falsafah perkahwinan sejati.

Artikel Berkaitan

Tiga mahasiswa USIM dakwah di New Zealand

SEREMBAN – Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor,

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *