Home » Langit Terbuka » Usaha dakwah di Malaysia tidak cukup

Usaha dakwah di Malaysia tidak cukupĀ 

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Usaha dakwah di Malaysia tidak cukup bagi menarik masyarakat bukan muslim untuk memeluk agama Islam.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku hari ini, sesetengah individu ada terlalu sibuk melihat ‘habuk berbanding kerikil batu’ di hadapan.

“Apabila orang bukan Islam bangkit sebelum kita, mempersoal kita, hak agama dan martabat, saya fikir kita kena lihat adakah usaha dakwah kita mencukupi?

“Mengikut statistik sehingga tahun lalu, dianggarkan India muslim di dalam negara seramai 78,000 orang, Cina muslim 42,000 orang dan Orang Asli muslim 42,000 orang,” katanya dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan jumlah penduduk yang ada di negara, jumlah itu sepatutnya lebih baik.

Katanya, usaha yang boleh diambil adalah pengajaran, usaha dan inisiatif dakwah harus diteruskan.

“Kadang-kala kita leka..apa yang dibimbangi adalah kita cemerlang dalam proses menguatkan iman orang yang sudah baik imannya, tapi bukan dakwah kepada mereka yang belum beriman (bukan Islam). Kita kena kembali bahawa tugas dakwah bukan sahaja tugas kita, tapi tanggungjawab semua.

“Kita harus berpegang kepada teras dakwah agar kerja-kerja kita diredhai ALLAH,” katanya.

Tambahnya, dalam menyebarkan dakwah, berilah didikan dan usahlah mengaibkan.

“Usah pecah rahsia silam orang yang hendak masuk ke dalam medan dakwah,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: ā€œMembangun Adab, Membina Negaraā€ Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *