Home » Langit Terbuka » Ustaz MK Azman, isteri kian pulih

Ustaz MK Azman, isteri kian pulih

Sebuah poster turut diedarkan bagi tujuan derma kilat yang turut memaklumkan kejadian yang menimpa keluarga MK Azman.

IPOH – Penceramah agama, Muhammad Khairul Azman Md Daud atau dikenali sebagai Ustaz MK Azman kini semakin pulih setelah patah tulang rusuk apabila terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kampar, Rabu minggu lalu.

MK Azman, 39, berkata, keadaannya kini bertambah baik selepas lima hari ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menjalani rawatan selain darah tinggi.

Menurutnya, isterinya, Shadiyah Abbas, 37, turut cedera di tangan namun, dua anaknya berusia tiga dan setahun terselamat dalam kejadian itu meskipun keretanya jenis Nissan Teana remuk.

“Saya dalam perjalanan pulang ke kampung di Kedah untuk mengambil ibu, Siti Rokiah Ahmad, 73, untuk menunaikan umrah bersama-sama. Sepatutnya kami pergi (umrah) hari ini (semalam) namun, ibadat itu terpaksa dibatalkan.

“Alhamdulillah, keadaan bertambah baik dengan semakin pulih dari kecederaan di bahagian paru-paru ini. Doktor juga pantau tekanan darah tinggi saya sebelum dibenarkan wad dalam tempoh terdekat,” katanya.

MK Azman berkata, beliau turut merindui pentas ceramah yang terpaksa ditangguhkan kerana masih ditahan di hospital itu.

“Semua jadual ceramah saya dibatalkan sehingga saya benar-benar sembuh untuk kembali ke pentas ceramah. Saya merindui jemaah-jemaah pada program ceramah saya nanti,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *