Home » Citra Yadim » Ustaz Nasrudin Hassan mulakan tugas sebagai YDP YADIM

Ustaz Nasrudin Hassan mulakan tugas sebagai YDP YADIM

PUTRAJAYA – Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan hari ini (20 Julai) memulakan tugas beliau sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.

Beliau tiba di ibu pejabat YADIM di sini pada jam 11 pagi setelah menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengarah Kanan YADIM sebelum beliau dibawa ke bilik latihan untuk majlis sambutan rasmi.

Memulakan acara, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh mengalu alukan kedatangan dan perlantikan beliau ke badan dakwah ini dan menyatakan kakitangannya siap sedia melaksanakan gerak kerja dakwah di bawah kepimpinan Yang Dipertua mereka yang baharu.

Ustaz Nasrudin dalam ucapannya kemudian menegaskan tanggungjawab yang dipikul beliau sebagai peneraju sebuah badan dakwah utama di negara ini adalah amat berat, justeru kerjasama erat antara kakitangan amat diperlukan untuk menjayakan misi dakwah YADIM.

Tambahnya, usaha dakwah sentiasa memerlukan perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas usaha dan pencapaian yang telah dicapai oleh kepimpinan YADIM terdahulu.

Ustaz Nasrudin kemudiannya dibawa naik ke aras empat untuk simbolik merakam kemasukan waktu ke pejabat, sesi bergambar bersama pengurusan tertinggi dan sidang media.

Beliau kemudiannya menghadiri sesi taklimat gerak kerja dan organisasi YADIM bersama pihak pengurusan badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *