Home » Citra Yadim » YADIM, GPMS dan Surplus santuni 100 asnaf di Timur Laut

YADIM, GPMS dan Surplus santuni 100 asnaf di Timur Laut

TIMUR LAUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang turut tidak ketinggalan dalam menyantuni mereka yang menerima kesan akibat penularan Covid-19 di negeri ini.

Pada 18 Julai, mereka telah bekerjasama dengan dua badan bukan kerajaan di sini iaitu Gabungan Pelajar Melayu Sememnanjung (GPMS) dan Surplus untuk menyantuni seramai 100 keluarga yang dikenalpasti memerlukan.

Golongan sasaran program ini ialah mereka yang berpendapatan rendah di sekitar Flat Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis, Flat Sri Pinang dan Kampung Maqbul di sini. Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban yang ditanggung.

Turut menerima sumbangan ialah beberapa keluarga bukan Islam di kawasan ini, selaras dengan gerak kerja dakwah badan ini yang tidak mengira latar belakang.

YADIM Pulau Pinang kini sedang giat mencari dan mengalu alukan rakan strategik bagi membolehkan usaha menyantuni golongan yang memerlukan dilaksanakan dengan lebih meluas lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *